Monday, 5 June 2023
Sunday, 4 June 2023
Saturday, 3 June 2023
Bahagian Pertama : Zaman Yang Telah Berlaku - Bab 01 : Zaman Kenabian
Bahagian Pertama : Zaman Yang Telah Berlaku - Bab 1.0 : Zaman Kenabian 1.1 Zaman Sebelum Muhammad 1.2 Generasi Yang Dibinasakan 1.3 Peringatan Buat Umat Akhir Zaman 1.4 Nabi Terakhir Bani Israel 1.5 Masa Kedatangan Nabi Terakhir 1.6 Arab Jahiliyyah 1.7 Kelahiran Rasul Akhir Zaman 1.8 Diutuskan Nabi Muhammad SAW 1.9 Menerima Wahyu Yang Pertama 1.10 Dakwah Secara Rahsia 1.11 Penyebaran Islam Secara Terbuka 1.12 Hijrah Pertama Sebelum Madinah 1.13 Hijrah Menuju Madinah 1.14 Mukjizat Terbelah Bulan 1.14 Kewafatan Nabi Muhammad SAW 1.15 Rasulullah SAW Tidak Mewasiatkan Pengganti.
Thursday, 1 June 2023
Masyahid Qiamat - Apa Yang Terjadi kpd Manusia [ ms : 23 ]
[ 1 ] - Pada Peristiwa Kiamat yang dikisahkan dalam al-Quran , tidak ada satu orang manusia pun yang terselamat. Berbeza dgn filem-filem Hollywood yang bertemakan kehancuran dunia yang menggunakan teknologi GCI ( Computer Generated Imagenary ) yang menggambarkan bumi yang diduduki oleh manusia ini terancam dengan kiamat melalui bencana alam, pemanasan global, mateor yang akan menghentam bumi, tenggelamnya daratan krn kutub ais mencair, perang dunia, pelbagai penyakit merbahaya sehingga kepada serangan makhluk asing seperti Filem 2012 (2009), Independence Day (1996), Armageddon (1998), dan lain-lain. Tetapi kemusnahan dunia yang digambarkan oleh filem2 Hollywood pada akhir filem tersebut masih ada orang yang terselamat. [ 2 ] - Peristiwa kiamat ini disaksikan oleh seburuk-buruk manusia yang dihalau dengan api ke mahsyar dunia. Tidak ada lagi yang menyebut nama Allah - Nabi bersabda [ Hadis Sahih ] riwayat Muslim dari Anas Bin Malik : ( لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ : اللَّهُ اللَّهُ ) . Dan Hadis Sahih Muslim riwayat Abdullah bin Mas'ud ( لا تقوم الساعة إلا على شِرار الناس ). Manusia yang baik dan beriman semuanya telah dimatikan oleh Allah Taala dengan kedatangan angin dari arah Yaman yang mencabut nyawa setiap orang yang walau ada sebesar zarrah keimanan. [ 3 ] - Manusia berada dalam keadaan ketakutan yang amat sangat ketika bumi bergoncang - seperti yang digambarkan didalam surah al-Hajj ayat : 02 :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ . يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ