Tuesday, 30 May 2023

Perpecahan Ummah & Hadis Tentang Perpecahan [ ms : 177-178 ]

Oleh sebab fahaman Muktazilah yang menyimpang ini, telah muncul fahaman-fahaman lain yang semakin bertambah banyak sehingga kaum muslimin mudah berpecah kerana perbezaan antara fahaman. Masing-masing berpegang kepada fahaman mereka dan mendakwa mereka sahaja yang benar.


- إنَّ بني اسرائيلَ افترقتْ على إحدى وسبعين فرقةً ، وإنَّ أمتي ستفترقُ علي اثنتيْنِ وسبعين فرقةً ، كلُّها في النارِ إلا واحدةً وهي الجماعةُ . - الراوي : أنس بن مالك | المحدث : العراقي | المصدر : الباعث على الخلاص | الصفحة أو الرقم : 16 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح | التخريج : أخرجه ابن ماجه (3993)، وأحمد في ((المسند)) (3/145)، وأبو يعلى (7/36) باختلاف يسير.

Fitnah Al-Quran Adalah Makhluk

 Fitnah Al-Quran Adalah Makhluk

Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah [ ms : 178 ]

Berdasarkan hadis perpecahan, golongan yang terselamat dan benar ialah golongan yang menepati dua kriteria yang dinyatakan di dalam hadis iaitu : - [ 1 ] - Al-Jamaah ( الجماعة ) yakni ikutan majoriti umat Islam berdasarkan sabda Nabi ( كلُّها في النارِ إلا واحدةً وهي الجماعةُ ) dan [ 2 ] - Mengikut sunnah Rasulullah SAW seperti sabda Nabi SAW :  ( مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي  ).  Golongan yang menepati dua kriteria tersebut ialah Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Manakala golongan yang menyalahi manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah maka mereka buka Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi Ahli Bida'ah. 
----------------------------
Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah ?
----------------------------
Menurut hadis, Ahli Sunnah Wal Jaamah ialah kumpulan yang menepati dua kriteria : [1]- Al-Jamaah [2]- Mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Imam Al-Zabidi yang bermazhab Hanafi dalam kitab [ اِتِّحَافُ السَّادَةِ الْمُتَّقِينَ ] Huraian kitab Ihya' Ulum ad-Din karya Imam al-Ghazali ) berkata : " Apabila disebut golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan fahaman Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi atau lebih dikenali dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah.  Pada mulanya Imam Abu Hasan Al-Asy'ari berguru dengan seorang yang berfahaman Muktazilah. Beliau telah mendapat hidayah Allah dan meninggalkan fahaman tersebut untuk terus bertanggungjawab mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Golongan

Pecahan

  Ahli Sunnah Wal Jamaah

1

  Syiah

22

  Khawarij

20

  Muktazilah

20

  Murji'ah

5

  Najariah

3

  Jabariah

1

  Musyabbihah

1


73


Monday, 29 May 2023

Perpecahan & Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah [ ms : 179 - 180 ]

[1]- Perpecahan dan detik-detik kejatuhan kerajaan bani Abbasiyyah kelihatan apabila urusan pemerintahan Khalifah mula dikuasai oleh Bani Buwaih daripada keturunan Parsi pada tahun 945M dan selanjutnya pada tahun 1055M, Bani Seljuk dari Turki turut menguasai pemerintahan pusat. 
--------------------------
[2]- Pemerintahan Abbasiyyah mengalami kemunduran dan semakin melemahkan apabila terdapat wilayah-wilayah di barat dan timur Baghdad yang melepaskan diri dari pemerintahan berpusat. Gabenor-Gabenor di wilayah terbabit membina kerajaan kecil sendiri. Bermulanya perpecahan selepas wilayah-wilayah ini mendapat kuasa autonomi. Antara kerajaan-kerajaan kecil yang wujud ialah : 
[ 1 ] - Kerajaan Idrisi
[ 2 ] - Kerajaan Aghlabi
[ 3 ] - Kerajaan Tuluni
[ 4 ] - Kerajaan Ikhsidi
[ 5 ] - Kerajaan Hamdani

--------------------------