Monday, 29 May 2023

Perpecahan & Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah [ ms : 179 - 180 ]

[1]- Perpecahan dan detik-detik kejatuhan kerajaan bani Abbasiyyah kelihatan apabila urusan pemerintahan Khalifah mula dikuasai oleh Bani Buwaih daripada keturunan Parsi pada tahun 945M dan selanjutnya pada tahun 1055M, Bani Seljuk dari Turki turut menguasai pemerintahan pusat. 
--------------------------
[2]- Pemerintahan Abbasiyyah mengalami kemunduran dan semakin melemahkan apabila terdapat wilayah-wilayah di barat dan timur Baghdad yang melepaskan diri dari pemerintahan berpusat. Gabenor-Gabenor di wilayah terbabit membina kerajaan kecil sendiri. Bermulanya perpecahan selepas wilayah-wilayah ini mendapat kuasa autonomi. Antara kerajaan-kerajaan kecil yang wujud ialah : 
[ 1 ] - Kerajaan Idrisi
[ 2 ] - Kerajaan Aghlabi
[ 3 ] - Kerajaan Tuluni
[ 4 ] - Kerajaan Ikhsidi
[ 5 ] - Kerajaan Hamdani

--------------------------

3 comments:

  1. Bani Buwaih - ialah Dinasti Syiah yang menguasai politik dan pemerintahan Abbasiyah selama 110 tahun (945-1055 M) itu bernama Buwaihi. Dinasti Buwaihi dibangun oleh tiga putra Abu Syuja' Buwaihi – seorang pencari ikan dari Dailam, Iran utara. Ketiganya adalah Ali bin Buwaihi yang berkuasa di Isfahan, Iran; Hasan bin Buwaihi yang berkuasa di Rayy dan Jabal, Iran; serta Ahmad yang membangun kekuatan di Khuzistan dan Al-Ahwaz (sekitar Irak).

    ReplyDelete
  2. Bani Seljuk [ Seljuk Bin Duqaq ] - Dinasti ini dikenal sebagai pendiri kekaisaran Islam pertama di Turki, yaitu Kekaisaran Seljuk Agung. Dinasti Saljuk dinisbahkan kepada Saljuk Ibn Tuqaq. Tuqaq (ayah Saljuk) adalah pemimpin suku Oghus (Ghuzz atau Oxus) yang menguasai wilayah Turkistan, tempat mereka tinggal.

    ReplyDelete
  3. -----------------------------
    Kemunculan Bani Seljuk di Baghdad
    -----------------------------
    Khalifah Al Qaim meminta pertolongan kaum Turki bani Seljuk yang berasal dari padang nomad Monggolia untuk menghalau puak Syiah Bani Buwaih daripada mempengaruhi Istana Baghdad. Dalam pertempuran dgn Bani Buwaih, al-Basasiri mati terbunuh, khalifah al-Qa‟im dibebaskan dari penjara. Sedangkan Malik Abd al-Rahim dipenjara. Kekuasaan dinasti Buwaihi berakhir dan selanjutnya khalifah dinasti Bani Abbas bekerjasama dengan Saljuk mulai tahun 1055 M.

    ReplyDelete