Berdasarkan hadis perpecahan, golongan yang terselamat dan benar ialah golongan yang menepati dua kriteria yang dinyatakan di dalam hadis iaitu : - [ 1 ] - Al-Jamaah ( الجماعة ) yakni ikutan majoriti umat Islam berdasarkan sabda Nabi ( كلُّها في النارِ إلا واحدةً وهي الجماعةُ ) dan [ 2 ] - Mengikut sunnah Rasulullah SAW seperti sabda Nabi SAW : ( مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي ). Golongan yang menepati dua kriteria tersebut ialah Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Manakala golongan yang menyalahi manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah maka mereka buka Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi Ahli Bida'ah.
----------------------------
Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah ?
----------------------------
Menurut hadis, Ahli Sunnah Wal Jaamah ialah kumpulan yang menepati dua kriteria : [1]- Al-Jamaah [2]- Mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Imam Al-Zabidi yang bermazhab Hanafi dalam kitab [ اِتِّحَافُ السَّادَةِ الْمُتَّقِينَ ] Huraian kitab Ihya' Ulum ad-Din karya Imam al-Ghazali ) berkata : " Apabila disebut golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan fahaman Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi atau lebih dikenali dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah. Pada mulanya Imam Abu Hasan Al-Asy'ari berguru dengan seorang yang berfahaman Muktazilah. Beliau telah mendapat hidayah Allah dan meninggalkan fahaman tersebut untuk terus bertanggungjawab mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tuesday, 30 May 2023
Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah [ ms : 178 ]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daripada Mu’awiyah bin Abi Sufian RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ReplyDeleteأَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. &2 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jemaah.” [Riwayat Abu Daud (4597)]
Daripada ‘Auf bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ReplyDeleteوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ
Maksudnya: “Dan demi jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Satu kumpulan sahaja yang akan ke syurga dan 72 kumpulan lagi akan dimasukkan ke dalam neraka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: al-Jamaah.” [Riwayat Ibn Majah (3992)]
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ReplyDeleteوَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
Maksudnya: “Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]