Tuesday, 30 May 2023

Perpecahan Ummah & Hadis Tentang Perpecahan [ ms : 177-178 ]

Oleh sebab fahaman Muktazilah yang menyimpang ini, telah muncul fahaman-fahaman lain yang semakin bertambah banyak sehingga kaum muslimin mudah berpecah kerana perbezaan antara fahaman. Masing-masing berpegang kepada fahaman mereka dan mendakwa mereka sahaja yang benar.


- إنَّ بني اسرائيلَ افترقتْ على إحدى وسبعين فرقةً ، وإنَّ أمتي ستفترقُ علي اثنتيْنِ وسبعين فرقةً ، كلُّها في النارِ إلا واحدةً وهي الجماعةُ . - الراوي : أنس بن مالك | المحدث : العراقي | المصدر : الباعث على الخلاص | الصفحة أو الرقم : 16 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح | التخريج : أخرجه ابن ماجه (3993)، وأحمد في ((المسند)) (3/145)، وأبو يعلى (7/36) باختلاف يسير.

12 comments:

  1. Matan hadith yang membicarakan berkaitan 73 golongan tersebut. Antaranya adalah: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

    افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً، وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً
    Maksudnya: “Golongan Yahudi berpecah kepada 71 atau 72 golongan. Adapun golongan Nasrani pula berpecah kepada 71 atau 72 golongan juga dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan. [Riwayat Abu Daud (4596)]

    ReplyDelete
  2. Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
    وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً، قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي
    Maksudnya: “Dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka melainkan satu kumpulan sahaja. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? Nabi SAW menjawab: Apa yang aku berada di atasnya dan juga sahabat-sahabatku.” [Riwayat al-Tirmizi (2641)]

    ReplyDelete
  3. -----------------------
    Status Hadis Perpecahan
    ------------------------
    Melihat kepada beberapa matan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa hadith yang membicarakan berkaitan agama Islam akan berpecah kepada 73 golongan diriwayatkan lebih daripada seorang sahabat iaitu Abu Hurairah, Mu’awiyah dan Abdullah bin ‘Amr R.anhum. Adapun berkaitan hukum atau status hadith di atas, riwayat Abu Hurairah RA dinilai sebagai sahih dan riwayat Mu’awiyah RA pula sanadnya adalah hasan (baik) menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh ketika mengtakhrijkan hadith-hadith di dalam Sunan Abi Daud. Selain itu, riwayat Abdullah bin ‘Amr RA dinilai sebagai gharib oleh Imam al-Tirmizi dan Syeikh al-Mubarakfuri mengatakan bahawa di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang dhaif. Akan tetapi, Syeikh al-Albani menghukum hadith tersebut (riwayat Abdullah bin ‘Amr) sebagai hasan. Manakala riwayat ‘Auf bin Malik sanadnya tidak mengapa sepertimana yang dikatakan oleh al-Hafiz Imam Ibn Kathir.

    ReplyDelete
  4. Justeru, kami katakan bahawa hadith-hadith atau riwayat-riwayat yang membicarakan berkaitan berpecahnya umat Nabi Muhammad SAW kepada 73 golongan adalah sahih dengan kesemua riwayat-riwayat tersebut. - muftiwp

    ReplyDelete
  5. Sebab2 Perpecahan - (1)- Tidak kembali kpd Quran Hadis (2)- Kejahilan (3)- Tidak mengambil keseluruhan Quran

    ReplyDelete
  6. قال ابن مسعود رضي الله عنه: "الجماعة ما وافق الحق؛ ولو كنت وحدك" (رواه اللالكائي في شرح أصول اعتقاد أهل السنة والجماعة:1/122- رقم160، وصحح سنده الشيخ الألباني كما في تعليقه على مشكاة المصابيح: 1/61، ورواه الترمذي في سننه:4/467).

    ReplyDelete
  7. ما دمت عل الحق فأنت الجماعة ولو كنت وحدك

    ReplyDelete
    Replies
    1. الجماعة ما واقف الحق ولو كنت وحدك

      Delete
  8. -------------------
    Siapa Ahlussunah Wal Jamaah?
    -------------------
    Ahlussunnah wal jamaah itu ialah orang-orang atau golongan yang membela sunnah Rasulullah s.a.w dan jamaah kaum muslimin. Golongan ini telah wujud semenjak lahirnya Islam, hanya saja ketika itu is tidak diberi nama seperti ini. kerana ketika itu seluruh orang Islam adalah pengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Aliran Ahlissunnah yang dipelopori oleh Abu Hasan Ali al-Asy’ari – seorang ulamak besar yang berjaya menyesuaikan nagliyah al-quran dan hadis dengan akal dan logika falsafah – ini, bukan saja membahas perkaraperkara yang berkaitan dengan akidah, tetapi juga membahas masalah hadis, fiqh, tafsir dan lain-lain. Perlu diingat, bahawa di antara sunnah dengan bid’ah terdapat garis pemisah yang amat halus, yang tidak akan dapat dikenali melainkan oleh orang-orang yang mahu mengenali ahlussunnah itu secara benar.Ramai orang yang mengaku sebagai pengamal ahlussunah waljamaah, namun pada hakikatnya sebahagian daripada amalan yang dilakukannya tidak berdasarkan kepada sunah Rasulullah s.a.w., ada di antara mereka yang mengurangi dan ada pula yang melebihkannya. Orang yang seperti sebenarnya adalah ahli bid’ah. Termasuk kedalam golongan ini kaum Ahmadiyah Qadiani, yang mengaku sebagai pengamal sunnah, walaupun pada hakikatnya mereka sudah terkeluar dari Islam.

    ReplyDelete
  9. Muncul beberapa aliran mazhab dalam ilmu tauhid seperti Qadariah, Jabariah, Murjiah, Muktazilah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    ReplyDelete
  10. ---------------------
    Mazhab Qadariyah
    ---------------------
    Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan hangat orang Islam mengenai dengan masalah qadha dan qadar Allah. Asal nama mazhab ini diambil dari perkataan Al-Qadar yang membawa maksud sifat qudrat. Mereka berpendapat segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Pengasas mazhab ini bernama Ma’bad Ibnu Khalid Al-Juhani dan Ghailan Al-Dimasyqi. Diantara pendapat mereka ialah seperti : Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri. Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia.

    ReplyDelete
  11. http://ibnurazak02.blogspot.com/2013/04/aliran-mazhab-akidah.html

    ReplyDelete